Knowyourmedicine.gov.my

ALBENDAZOLE
_______________________________________________________
Panduan Pengubatan Kendiri

Sila baca risalah ini sebelum mula menggunakan ubat anda. Rujuk kepada ahli
farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan ubat
anda.
1. Nama generik atau Bahan Aktif :

2. Kegunaan :
Terdapat dalam bentuk ubat biji dan sirap untuk membasmi cacing atau parasit dari perut dan tisu lain. Ianya berkesan terhadap cacing jarum, cacing gelang, cacing cemeti, cacing pita dan cacing kerawit.
3. Bagaimana ia bertindak :
Ia membunuh cacing dengan menghalang mereka mendapat makanan. Ini seterusnya menyebabkan telur, larva serta cacing dewasa turut terkesan.
4. Jangan ambil ubat ini jika :
 Anda mempunyai alahan kepada albendazole atau sebarang bahan kandungan yang terdapat di dalam ubat ini atau ubat-ubat yang serupa dengan albendazole seperti mebendazole atau thiabendazole. 5. Sebelum anda menggunakan ubat ini :
 Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai  Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.  Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat ini untuk kanak-
6. Pengambilan bersama ubat lain:

Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat, vitamin, produk herba atau makanan kesihatan tambahan kerana ia mungkin bertindakbalas dengan ubat ini.
7. Bagaimana Mengambil Ubat Ini:
Ikut arahan yang tertera pada label ubat anda. Rujuk ahli farmasi atau doktor jika anda tidak faham atau memerlukan penerangan lanjut. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722(NPCC). a) Cara pengambilan
 Dos biasa ubat ini untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun ialah 2 biji sekali makan. Ubat ini boleh di ambil ketika perut kosong. Ia juga boleh dikunyah, dihancurkan atau ditelan. b) Masa pengambilan :
c) Tempoh pengambilan :
 Ubat ini diambil sebagai satu dos sahaja. Untuk keadaan perubatan yang lain, dos yang telah dipreskrib oleh doktor mungkin berbeza. d) Jika anda terlupa untuk mengambil ubat ini :
Ambil dos tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Abaikan dos tertinggal
sekiranya masa pengambilan untuk dos seterusnya sudah hampir.
Jangan gandakan dos anda.

8. Semasa menggunakan ubat ini :
a) Perkara yang perlu dilakukan :
 Ambil ubat ini seperti yang telah diarahkan oleh doktor anda.  Pastikan rawatan susulan dengan doktor anda dipatuhi. Ia mungkin berguna untuk melihat keberkesanan ubat ini. Dos kedua ubat ini kadangkala perlu diberikan. b) Perkara yang tidak boleh dilakukan :
Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain.
Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
9. Kesan sampingan yang mungkin dialami :
Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan. Kesan sampingan yang biasa dialami:  Pening 10. Penyimpanan dan pelupusan:
 Simpan pada suhu bilik di tempat yang kering  Jangan gunakan ubat yang telah melebihi tarikh luput  Kembalikan ubat yang tidak digunakan atau sudah luput kepada farmasi
Sumber rujukan :

1. Micromedex Healthcare Series 2.0 2. Lexicomp’s Drug Information Handbook 19th edition 3. Malaysian Index of Medical Specialities 2011 4. British National Formulary Vol.60

Source: http://knowyourmedicine.gov.my/aeimages//File/Albendazole_BM.pdf

Microsoft word - novartis pharma-planisware.doc

Novartis Pharma AG: Globales Multiprojektmanagement mit OPX2 Pharma Projektmanagement in der Pharmabranche hat im wahrsten Sinn des Wortes seine eigenen Gesetze. Die Entwicklung neuer Arzneimittel folgt einem äußerst aufwändigen Zulassungsverfahren, das sich über Jahre hinzieht. Nur noch internationale Konzerne haben die Kraft, Forschungs- und Entwicklungsprojekte zu wirtschaftlich rentab

Microsoft word - dpgr_16_01.rtf

DECRETO DEL PRESIDENTE DELLA GIUNTA REGIONALE 16 novembre 2001, n. 16/R Regolamento regionale recante: “Disposizioni in materia di procedimento di valutazione d’incidenza” Visto l’articolo 121 della Costituzione come modificato dalla legge costituzionale 22 novembre 1999, n. 1; Viste le direttive CE 43/92 e 42/2001 Visto il decreto del Presidente della Repubblica 8 settembre 19

© 2010-2014 Pdf Medical Search